Wednesday 2 December 2015

Baby Herbal Cream Tropika/Krim Herba Bayi (a.k.a krim telon tropika)




Ni status saya kat facebok

"Anak tak selesa badan..Selalu angin banyak dalam perut, selalu muntah. Malam tidur tak lena. Cuba letak minyak telon pun sama jugak. Dah seminggu dua jugakla..'
 "Pastu kawan tempat kerja cadangkan krim ni. Dia kata berkesan untuk anak dia dan dia jadi pengguna tegar dari anak umur 2 bulan sampai anak sekarang umur dalam 6 bulan tak silap. Tiap bulan dia guna 2 bekas."
 "Dalam internet memang banyak lagi testimoni keberkesanan krim ni.Saya pun nak cuba la. Sebab kesian kat anak dan kesian kat wife. Tapi susah jugak nak beli kat kawasan saya duduk ni. Pergi kedai, habis. Cari kedai-kedai yang jual produk-produk kesihatan, takda jual. Call dealer, habis stok."
 "Akhirnya..jumpa jugak..Malam-malam gi rumah macik yang jadi stokis produk ni. Baru try malam tadi. Sapu banyak2..hehe..kat dada, perut, belakang badan. Alhamdulillah anak lebih selesa. Tidur lena. Jaga nak susu ja. Kurang dah muntah-muntah."
 "Nak recommend kat kawan-kawan..baru pakai sehari..tapi boleh la ikhtiar. Mana tau berkesan. Em, kalau susah nak jumpa krim ni kat tempat korang. Boleh PM saya. Saya boleh tolong dapatkan"

Ni coretan saya dalam facebook selepas pertama kali guna Baby Herbal Cream Tropika kepada anak kedua kami.

Sewaktu anak pertama masih kecil, isteri pernah cadangkan pada saya untuk beli krim ni, tapi saya buat acuh tak acuh saja terutama bila dengar harganya yang saya anggap mahal.

Lepas guna, baca testimoni orang lain dan dengar response ibu-ibu yang guna Baby Herbal Cream Tropika, baru saya tahu, harganya amat berbaloi. Bak kata orang, menang membeli, alah memakai.


Ni testimoni yang saya Google
Cubalah, mana tau berkesan untuk anak anda. Moga anak anda lebih selesa dan anda/isteri anda dapat lebih rehat (orang baru bersalin mesti tau betapa kurang rehat mereka).

Untuk anak saya, dia ada masalah kembung perut agak teruk, saya pernah guna minyak telon lain sebelum ni tapi tak berkesan. 

 Pengalaman baru guna beberapa hari ni, tengok anak lebih selesa. Tanya wife pun, dia kata ada perubahan sikit. Malam pertama guna, anak tidur lebih selesa, bangun untuk minum susu tu biasa la. 

 Siangnya, dia tidur lama, berak beberapa 3 kali (wife bagitaula)  dan kentut banyak (Mungkin nak keluarkan angin dalam badan kot). Hari tu saya balik lewat sikit, tengok dia tidur. Nampak sangat lena..tak bangun-bangun. Sampai saya pulak rasa pelik. Ye la sebab sebelum ni sangat jarang nak tengok dia tidur lena lama macam tu. Alhamdulillah.

Nak kata keberkesanan krim ni macam krim ajaib, letak-letak terus ok tak la. Untuk anak saya, nampak lebih selesa, nampak ada perubahan. Tapi tak la seratus peratus ok. Budak-budak kecil biasa la kan. Dan saya pun baru guna beberapa hari. Tapi apa salahnya kita ikhtiar apa yang terbaik untuk anak kita.

Gambar Baby Herbal Cream Tropika kami. Anda ada?
Elok rasanya saya kongsikan sikit maklumat berkenaan produk ni, terutama bagi mereka yang baru kenal dengan produk Baby Herbal Cream Tropika (Tak perlu susah-susah google, saya kongsikan kepada anda).

Maklumat Baby Herbal Cream Tropika:

BABY HERBAL CREAM TROPIKA ni berfungsi sebagai KRIM TELON HERBA atau VIKS HERBA. Dua fungsi penting produk ni adalah:

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi. - ini antara masalah utama bayi-bayi yang membuatkan ibu-ibu kadangkala stress dan tak lena tidur, terutamanya ibu-ibu baru.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi - memang ramai ibu-ibu cari krim ni untuk selesakan anak yang batuk dan selsema

Setelah buat kajian lanjut, rupanya bahan yang ada dalam krim ini adalah minyak kayu putih, bawang putih, halia dan minyak kelapa dara, patut la dapat membantu (krim ni memang tak panas dan sangat selesa pada bayi kita).

Maklumat kandungan krim ini ada pada kotaknya.
No. KKM baru adalah NOT150604372K
Krim ini tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens.

CARA PENGGUNAAN


Cara penggunaan ada diberikan pada kotak krim ini

Sebagai krim telon
1. Setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. 

2. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.

3. Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru berangin dan colics.

Sebagai krim viks
1. Apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. 

2. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam. 


BAGUS UNTUK BATUK DAN SELSEMA

Selain untuk masalah kembung perut atau colics, Baby Herbal Cream Tropika ni rupanya sangat popular di kalangan para ibu yang ada anak-anak kena sakit batuk dan selsema. Cubalah anda google, testimoni untuk masalah batuk dan selsema anak-anak pun banyak.
Ni testimoni yang saya Google

Dari pengalaman saya, untuk tempat-tempat tertentu macam di tempat saya, agak susah nak dapat Baby Herbal Cream Tropika. Google tak jumpa, bila jumpa, stok habis. Kat kedai pun stok habis..

Maklumlah, anak kita sakit, dah tentu nak dapatkan cepat apa-apa juga cara untuk selesakan anak kita kan. Siapa yang sanggup nak tengok anak berterusan sakit dan tak selesa. 

Kalau boleh esok juga kita nak tengok anak kita gembira dan ceria dan gembira balik. Kembali aktif, senyum dan terus bertenaga untuk meneroka dunia bayinya.

RM39 (SM)
RM44 (SS)


whatsapp 019-6633144

No comments:

Post a Comment